Sunday, April 10

Ganjaran bagi mereka yang BERSABAR...



  عَن اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصِنِيْ, قَالَ: لاَ تَغْضَبْ . فَرَدَّدَ مِرَارَا, قَالَ: لاَ تَغْضَبْ.

( رواه البخاري )

Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa ada seorang lelaki ( Abu Darda ) telah berkata kepada Nabi  Sallallahu 'alaihi wasallam: “ Berikanlah aku nasihat,”. Baginda bersabda : “Jangan marah”. Maka orang itu mengulangi permintaannya beberapa kali, Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam menjawab : “ Jangan marah”. 
( Hadith riwayat al-Bukhari)

Dalam meniti kehidupan seharian, semua manusia tidak dapat lari dari berhadapan dengan masalah yang ada kalanya menguji tahap keimanan dan kesabaran seseorang. Bagi mereka yang bersih hatinya dan kuat amalannya, beriman kepada Allah sudah tentu ianya menganggap bahawa setiap cubaan, dugaan, rintangan, kesakitan, kesusahan dan  masalah sebagai satu peluang kepadanya mendapat ganjaran pahala dan syurga. Tetapi bagi mereka yang tidak dapat bersabar sesungguhnya amat malang sekali nasib mereka.
          
Dalam hadith di atas, Imam At-Thabari meriwayatkan darinya, aku berkata (Abu Darda) : “Ya Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku satu amalan yang akan memasukkanku ke dalam syurga?’.Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam menjawab: “Janganlah marah, nescaya kamu akan masuk ke dalam syurga”. Lalu aku mengulanginya soalan yang sama  beberapa kali dan semua jawapannya adalah: “Jangan marah “.




Bagi mereka yang masih tidak dapat untuk menahan sifat marah, di sini ada beberapa panduan yang digariskan oleh para ulama seperti membaca ta’wudz (“A’udzu billahi minas-syaitannir rajim”),kemudian ingat kepada manfaat menahan sifat marah, bersegera pergi mengambil wuduk kerana marah itu sifat syaitan yang dijadikan dari api, apabila berwuduk insya Allah hati akan beransur menjadi sejuk. Selain itu, cuba merubah posisi tubuh dari berdiri kepada duduk atau dari duduk kepada berbaring dan ingatlah kepada kemarahan Allah SWT kerana kemarahan Allah SWT lebih dari kemarahan kita.

  * Perlu diingatkan di sini, apabila seseorang itu marah dan bergaduh dengan saudaranya sehingga tidak mahu bertegur sapa selama lebih dari 3 hari maka dia akan berdosa.

Ustaz Mohd Khusyairie Marzuki
Pegawai Penasihat Agama UiTM Sarawak

 ( Pssstt..teman pun dahulunya adalah seorang yang jenis xtau nak kawal kemarahan..darah muda katakan..(mude ker..??.)..Bile marah mulalah lah mulut nie keluar pekataan yang boleh wt orang lain kecik hati..,sentap bagai...huhuh...tp sekarang InsyaAllah...semakin berkurang..bagi teman apabila datangnya marah teman tue lebih baik BERDIAM DARI BERKATA-KATA ....huhu...tp kn..teman rasa lelaki ni kebanyakannya lebih boleh kawal mulut dorang berbanding perempuan..sebab tu teman rasa kuasa talak semua bkn kat tangan org pompuan...huhu...teman ni bukan lah teror bebenor bab2 nie..kome2 klu ad pendapat sharing2 lh ye..biar bergua untuk semua orang..ehe..;p